Monday, 30 July 2012

Rev!ew : Majlis Kesyukuran...

Selamat mlm semua...

Mlm ni mls nk tulis pnjg2...just nk bt review tntg majlis kesyukuran yg ofice aku buat pd 19 Julai lepas iaitu sblm puasa...

Ni kek yg d order sempena hari lahir staff kt tmpt aku kje...klu x slh aku seramai 7 org..perisa setiap tingkt 2 b'beza tau..yg bwh skali kek biase je iaitu kek sponge perisa strawbery..tingkt 2  plak Moist Chocolate Cake..manakala tingkt 3 blueberry cake with fruit...yg cupcake 2 perisa campur2...Aku suka ngat kek2 ni..xmuak walaupn mkn byk kali..rse pn best...harga pn murah..hehehe

2 je la review aku mlm ni...nk tdo dlu...lain kali aku update lg...
byebye...

wassalam...

Friday, 27 July 2012

KaNseR SeRv!kS (PanGkaL Rah!M)

Assalamualaikum to all's...


Ari nie aku nk kongsi about kanser serviks...musuh utama wanita...maklumat nie aku dpt kt forum sembang umum...

Aku hrp dgn maklumat ni berguna pd korang semua..Ok lah..teruskan membaca yer...




Kanser Serviks (Pangkal Rahim) adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

Bagaimana Kanser Serviks Terjadi?

Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.

Faktor-faktor
• Mempunyai pasangan berbilang
• Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
• Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
• Kurang daya tahan imun
• Merokok

Tanda-tanda

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:

* Pendarahan semasa bersama
* Pendarahan ditengah bulan
* Pendarahan selepas menopos
* Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
* Sakit semasa seks

Cara Mencegah
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:

* Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
* Elakkan hubungan seks pada usia muda
* Tidak merokok
* Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
* Suntikan Vaksin 

Thursday, 26 July 2012

Kanser Payudara- Punca, Gejala & Rawatan

Assalamualaikum & slamat Mlm...


Mlm ni aku nk kongsi 1 artikel tntg kanser payudara...kanser ni kn musuh wanita n sering di takuti oleh setiap wanita...artikel ni aku dpt kt http://www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php ..kt situ byk info tntg kesihatan..


Hope enjoy bace artikel ni...


Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. 

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara


Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. 

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.


Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. 

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.


Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lainrawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Wednesday, 25 July 2012

Mut!aRa KatA UnTuk Ari Nie...

 Assalamualaikum...

Tghri ni aku ingin kongsi sedikit mutiara kata..
Hopefully bergunalah utk korang semua.. (^_^) 


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Tuesday, 24 July 2012

DoAKu Buat DiriMu

            Ya ALLAH, kutitipkaN Doa tUluS daR! LubuK haT!ku iNi Buat Dia Yang KuSaYaNG...

Ya ALLAH, l!mpAhkaN sElaLu DalAm Hat!nYa UntUK MeR!nDu! DaN MenC!nTa!Mu SeBaga!Mana Aku YaNg DiriNdu!nYa..

         TunTunLah SelaLu Dia KeJalan YanG BenAr DaN D!reDhaiMU seBaga!mAnA Aku YaNg SeLalU DiLindungiNya..

S!RaM!laH Dia SelALu DeNgan Cahaya Kas!hMU SeBaga!mAna Dia SelaLu Mel!mPahKan SaYaNgNya BuAtKu..

         Ya ALLAH, JanGan KAu BiArKan SetiTis pUn AirMaTa JatUh Ke PipInYa YanG MaNiS Itu KeraNa SebahaGiaN SeMangaTku Ada DalaM DiriNya..

seLamAt BeRpuAsa..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Ni 1st time aku bt blog..nk edit pn xpandai lg..
Pape pn belum terlmbt lg utk aku ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kt semua.. (^_^)...